Assalamualaikum
Hujung minggu dengan juadah makanan yang sama kadang-kadang buat kita muak especially kalau kita ni bergelar student. Dulu waktu bergelar student universiti, perkara yang tak pernah tak buat (mesti buat) adalah memasak. Kadang-kadang bukan sebab makanan kat kafe tak sedap tapi malas turun dari kolej kediaman ke kafe!. Tambah pulak kafe tutup sewaktu cuti mid sem bermula, memang perut asyik berkeroncong!.
Realiti student universiti especially perempuan prefer masak benda simple tapi harus kenyang. Walaupun malas turun ke kafe tapi rajin memasak. Salah satu kegemaran aku dengan housemates aku dari dulu lagi adalah buat lauk sosej black pepper. Resepinya seperti di bawah.
6-8 batang sosej (tak kisah jenama atau perisa apa)
Lada hitam satu sudu (tumbuk lumat)
3-5 batang cili padi
1 biji bawang merah (cincang halus)
1~2 sudu kicap
Cara-cara:
(1) Tumis bawang merah hingga naik bau.
(2) Masukkan sosej yang dipotong serong. Goreng hingga masak.
(3) Masukkan lada hitam, kicap dan cili padi.
Option~
Kalau nak berkuah, letak air dan tambah kicap. Untuk bagi kuah bertambah pekat, boleh buat air bancuhan tepung jagung.
Simple kan? Makan dengan nasi panas memang sedap. Tambah nikmat bila makan berkongsi dengan housemates. Rindu pulak kenangan lama. Hehehe
Sedapnyaa
ReplyDelete